Posts filed under ‘Klinik Kesihatan Cheras’

17 Januari 2008

Hari ni aku tekad. Aku tekad untuk ke klinik sebab balakang aku sakit sangat. Nak bangun pun susah. Dah sakit tiga hari tapi ingatkan kejap je. Dah makan panadol dua biji dua kali semalam takde apa-apa kesan pun. Makin sakit ada la. Terpaksa la aku pergi gak Klinik Kesihatan Cheras yang dah pindah kat PGRM tu. Tempat tu mamang la selesa banding dengan tempat lama yang memang horror. Siap pernah masuk Seekers tu. Tapi tempat baru ni susah nak pergi sebab kena naik bas U45 kalau nak ke sana. Tu yang leceh tu. Aku turun kat Maluri pas tu jalan kaki dalam 200m. Ni la pulak kali pertama aku pergi menara PGRM ni. Selalu lalu buat bodoh je macam tak kenal. Terkais-kais gak aku tak tau mana nak masuk. Nasib baik ada Pak Guard tunjukkan mana pintu masuk. Pas tu kena naik lif sebab Klinik tu kat tingkat 9. Patutnya pihak Klinik ni letak la papan tanda arah nak menuju ke lif tu dari luar pintu masuk ke lobi. Ni kat lif baru jumpe papan tanda tulis Klinik Kesihatan Cheras. Klinik ni kat Menara 2 PGRM yang baru tu. Anyway kat Klinik memang senang dan pantas. Kejap aje aku dah dapat jumpe Penolong Pegawai Perubatan @ Medical Assistant. Tak sampai setengah jam pun prosesnya dari mula amik nombor kat kaunter pendaftaran. Dapat la MC sehari. MA bagi ubat sapu dan pain killer ponstan (mefenamic acid). Pas tu turun terus pergi kedai mamak makan roti telur dan teh tarik. Kena RM2.50. Err… mahal ke tak? Tak tau dah sebab harga makanan pun tengah naik je sekarang ni.

Nak balik kena tunggu bas depan Jusco Maluri. Alhamdulillah nasib baik bas U45 terus ada. Tak payah nak tunggu-tunggu. Tapi sempat nampak kat Jusco ada ‘Sale’ (perkataan yang paling digemari, tapi tak best gak sebab elaun tak dapat lagi) dari 12 Januari sampai awal Feruari. Jusco ni pun kot ye jangan la buat sale selagi kitorang belum dapat elaun. Kejam betol.

Sampai je kat maktab dah pukul 10.03pg. Jumpe ramai classmates. Diorang balik nak tukar baju untuk kelas amali Agrotek. Sume sound aku ponteng. Tapi takpe… aku berada di pihak yang benar… isk, isk… hehe. Jumpe Afiq. Pas tu Faiz dan Khairuddin (Din suruh bagi tau dalam blog… nak jugak! haha) Diorang kata yang kita boleh buat tuntutan untuk SBE semester lepas. Sehari RM10. So 10 hari dapat la RM100. Wah.. wah.. wah… angpow raya Cina ker? Pelik betul! Biar benar. Komfem dah nak pilihanraya. haha. Tapi takpe la. Orang dah nak bagi amik je la. Tapi bile lak dapat wallahualam… Elaun pun tak tentu biler. Sampai bilik, Tabiz lak mesej kata Dr Mahmud cakap elaun masuk hari ni. Tak tau la betul ke tak Dr Mahmud ni. Kendian, tabiz mesej lagi kata Dr Mahmud kata elaun masuk esok. So, entah la. Tengok je la esok. Bak kata post semalam. Isu elaun ni bukan boleh dibuat main-main. Isu sensitif ni. Boleh menyinggung sensitiviti masyarakat di institut ni. hihi.

Petang ni sakit belakang dah okey sikit. Tabiz ajak kuar gi Jusco tapi cam malas je. Pikir-pikir elaun belum masuk lagi pun. Tapi aku ada tiket bas tadi. Tak payah la nak beli lagi. Sampai Jusco kitorang gi makan KFC. Saje nak try makan burger baru KFC. Memang panjang tapi kurus je. Pas tu jalan-jalan tengok Sale Jusco. Pergi kat tempat permainan. Jumper ada satu starter kit untuk bela sea-monkey. Benda ni macam ubang kecik-kecik tapi boleh beranak pinak. Cam best je. Tapi harga mahal sangat la. Tengok la kalau aku nak beli lepas dapat elaun nanti. Apapun yang penting esok nak pergi PWTC ada Youth Exhibition 2008. Dengarnya ada macam-macam acara. Cam menarik je. Apapun harap-harap elaun masuk esok… huhu…

Slip MCku…
Slip MCku…

burger.jpg
Wah… kuat makannya!

 tabis.jpg
Encik Tabiz sedang menguji kesedapan burger terbaru KFC

17 Januari 2008 at 11:04 am 1 komen


April 2014
I S R K J S A
« Mei    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Flickr Photos

moments after sunrise

Boite à couleurs

Black Scoter drake

More Photos

Kiriman Terbaru


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.