16 Januari 2008

16 Januari 2008 at 3:16 pm 5 comments

Hari ni bermula dangan baik. Kelas pertama ialah Math Excursion Numbers. Baru la aku sedar yang subjek ni kena belajar sejarah penggunaan dan pembentukan nombor. Kelakar sangat. hehe. Pas tu kena banding-banding lak dengan sistem nombor sekarang. Apapun mesti la sistem nombor hari ni menang sebab dah tentu lagi bagus. Kalau dulu lagi bagus, buat apa lak nak cipta lain untuk sekarang ni? huhu. Pas tu kelas Math Pedagogy. Kelas ni best sebab balajar cara mengajar Math kat sekolah. Hari ni belajar nombor kat domino, main bingo guna hasil double. Double tu kira cam darab dua je la.

Pasal elaun Syuk kata pihak institut dah keluar senarai bayaran untuk elaun tunggakan. Kalau gitu maknanya elaun sedang menuju kearah akaun masing-masing la sekarang. Tak tau la bile baru masuk dalam akaun dan kita boleh mengeluarkannya dengan bergaya. Aduhai… Pasal elaun ni memang buat pening kepala je. Takde la nak buat apa sangat. Tak rancang apa pun. Tapi biasa la. Pasal elaun bukan boleh dibuat main. Boleh berbunuh-bunuh semut dibuatnya. hehe. Oh ye. Lupa nak nak mention hari ni Bat membuat kemunculan dengan datang ke kelas buat kali pertama dalam minggu ni setelah tak datang dua hari. Hari pertama dia sibuk pendaftaran. Hari kedua dia sibuk tido setelah penat di hari pendaftaran. Ye la ko, Bat….

Malam tadi pergi tengok malam kebudayaan pelajar baru KPLI dan PISMP. Teringat masa baru masuk maktab dulu-dulu. Persembahan okey la sebab diorang pun bukan banyak sangat masa pun nak ready. Cume diorang kena buat persembahan gabung-gabung kelas (may be sebab banyak sangat kelas) so bile kena gabung-gabung macam pelik la. Diorang buat persembahan pun takde semangat kekelasan. Pengarah dan Timbalan Pengarah ada datang menonton so lecturer pun ramai la datang. Kalau tak sape je la yang ada pun. Paling tidak warden-warden asrama. Pas tu En Khir sebab dia biasa jadi juri. Penonton ramai sampai air Milo percuma tak cukup. Kesian yang kena duduk atas… huhu. Tapi kitorang tengok kejap aje. Pukul 10 cepat-cepat balik nak tengok ‘Puteri’.

imageaab.jpg
Sebuah kumpulan sedang memberi penerangan mengenai isyarat nombor yang digunakan oleh masyarakat Inca zaman dulu-dulu

imageaac.jpg
Pelajar sedang tekun mancatat dan mendengar penerangan kumpulan di atas (yang tukang amik gambar ni tak tekun ker?)

imageaaa.jpg
Bat membuat kemunculan pertama minggu ni

dewan3.jpg
Persembahan Coral Speaking dari kelas KPLI

 dewan21.jpg
Antara penonton yang hadir di tingkat atas Dewan Besar

 

Entry filed under: elaun, pismp. Tags: .

15 januari 2008 17 Januari 2008

5 Komen Add your own

  • 1. Ex-Monitior  |  16 Januari 2008 at 4:52 pm

    “….Pas tu kena banding-banding lak dengan sistem nombor sekarang. Apapun mesti la sistem nombor hari ni menang sebab dah tentu lagi bagus. Kalau dulu lagi bagus, buat apa lak nak cipta lain untuk sekarang ni? huhu…”

    Aku sokong kenyataan ni.. Aku memang terfikir pun tiap kali kelas dia.. Aduh…

    Dan en. faizal,
    mana gambar aku??

  • 2. mohdfaizalrasid  |  16 Januari 2008 at 5:34 pm

    baik le… En Ex-monitor. esok ko buat la apa2 yang ngarut2. jadi ada la kisah yang bleh dimasukkan dalam blog aku… hehe…

  • 3. Bat  |  16 Januari 2008 at 6:01 pm

    Semalam aku tak datang sebab tak sihat, sebab tu la tido sepanjang hari..hahaha..Betul la wei, aku tak sihat..

    Aku nak copet la gambar last tu masuk dalam blog aku, nanti aku send trackback ke entri ni..

  • 4. mohdfaizalrasid  |  16 Januari 2008 at 7:46 pm

    sukati ko la bat…gambar ko.haha. tapi trackback tu natang apa? x reti den.. hehe

  • 5. ywen  |  18 Januari 2008 at 1:06 am

    hey where’s my pic bro?!!ah xleh jadik ni!!spnjg ak jdk penolong ketua kls,ko kene ltk gmbr ak byk2 dlm blog ko.kalu x siap r ko…jgn hrp ak tanda rite dlm kedatangan ko!!!ha3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Flickr Photos

6922

untitled

Coigach

More Photos


%d bloggers like this: