14 Januari 2008

15 Januari 2008 at 1:16 am 1 komen

Hari ni budak baru masuk. Group PISMP@PPRET (tak tau la nama apa lak diorang dapat) semester 1 dan KPLI. AJK-AJK pendaftaran sibuk sangat. Tapi dah memang tugas diorang. Apa leh buat. Pagi ni ada kelas Classroom and Behaviour Management. Pn Chin yang ajar tapi pagi ni pukul 9 lebih Mr Bowman (tak tau la betul tak nama dia tu), koordinator subjek ni dari QUT masuk untuk bagi briefing pasal subjek ni. Bila dengar dia terangkan faham la apa yang kita akan belajar dan apa assignment-assignmentnya. Tapi masalahnya nota yang dia suruh baca tu susah giler nak faham. Bahasa yang digunakan dalam nota tu tinggi giler… huhu. Tapi takpe la. Nanti paham la lagi…kot. huhu.

Pas kelas pegi makan kat kantin. Dalam perjalanan ke kantin sempat gak kitorang tengok budak-budak baru masuk. Memang sibuk la semua AJK. Yang jaga parking pun sibuk gak. Kitorang takde kelas so lepak lama sikit kat kantin. Saje borak-borak dengan Tabi, Faiz dan Jijie. Jijie tak masuk kelas sebab lambat dan kelas dah kunci so terpaksa la dia lepak dengan kitorang sementara tunggu member nak balik umah sewa.

Malam ni buat tugasan matematik. Rasa macam kat sekolah dulu-dulu la pula. Ada kerja-kerja rumah ni. Haha. Memang best. Kerja pun senang tapi tak tau la nanti cam ner. Huhu. Faiz pun menyibuk nak buat sekali. Nyemak je. haha. Tiba-tiba Tabiz datang membawa cerita hangat lagi sensasi! Petang tadi ada kes kecurian di asrama Blok C! Ngeri betul dengar. Baru minggu lepas ada kes kecurian yang melibatkan habis harta benda orang tu kat Blok A. Ni dah Blok C lak. Takutnyer… So after this have to beware and always kunci pintu walau takat gi toilet takat nak basuh tangan je pun. Sebab sekarang kes kecurian ni memang dah merata-rata. Kalau leka memang kena la.

imagejjj.jpg
Mr Bowman sedang bersedia untuk memberi taklimat dibantu oleh Pn Chin

image002.jpg
Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Mr Bowman

image004.jpg
Kemeriahan pendaftaran pelajar baru di IPTKL

image003.jpg
Kelihatan dua orang sukarelawan penjaga parking sedang menghalang kereta dari masuk ke kawasan parking depan perpustakaan IPTKL

Entry filed under: asrama, pismp, ppret. Tags: .

13 Januari 2008 15 januari 2008

1 Komen Add your own

  • 1. Bat  |  16 Januari 2008 at 1:47 am

    Hai abang pejal..wahaha..lamanya tak masuk kelas, dah dua hari woo…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Flickr Photos

6922

untitled

Coigach

More Photos


%d bloggers like this: