13 Januari 2008

13 Januari 2008 at 11:16 pm 4 comments

Hari Ahad… Biasa la bangun lambat. hehe. Tapi hari ada beberapa orang yang akan keluar dari asrama dan tinggal di rumah sewa. Ada yang kat Taman Cannaought dan ada yang kat Taman Midah. Isu asrama ni memang memberi tekanan kepada semua pelajar termasuk aku. Sebabnya tak komfem lagi batch kitorang yang kena duduk luar untuk semester depan tapi ramai dah ambik tindakan keluar dari asrama awal-awal. Memang pun takut juga kalau tak dapat cari rumah sewa bila naik semester depan nanti risau gak. Tadi tengok diorang pindah barang naik kereta berulang kali. Semalam pun ada yang dah pindah. Siap naik lori lagi.

Petang tadi tengok Nona. Hari ni ada Edisi Lelaki. Tetamu undangan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara. Ada gak tunjuk aktiviti masa lapang Mejar Dr. Faiz Khaleed, bakal Angksawan Negara. Lepas tu tengok Pesona 3, Malin Kundang the Movie. Pengajarannya jangan jadi anak derhaka.

Malam lak tengok CSI kat ntv7. Lepas tu tengok slot ‘Festival’. Ala-ala ‘ Cerekarama’ tapi kat ntv7. Filem atau drama indie tapi memang best sebab jalan ceritanya banyak kelainan. Malam ni cerita tajuk “Cinta Tiga Segi’. Cerita ni tentang beberapa kisah orang yang tinggal di sebuah kompleks apartment.

Kisah pertama mengenai dua orang sepupu, Ira (Isma Husein) dan Sasha (Dania Karnian) yang meminati seorang mamat yang sama, Johan(Gambit Saifullah). Sasha selalu menghantar surat cinta kepada Johan tapi Johan lak ingat yang Ira yang hantar. Jadi Johan pun suka Ira. Ira cuba menerangkan bahawa Sasha yang hantar surat-surat tu tapi Johan tak percaya dan yakin Ira yang hantar. Tapi last-last Johan tetap suka kat Ira. nasib Ira la. Biasanya kalau cerita macam ni, mesti Johan akan suka kat Sasha sebab Sasha yang hantar surat cinta tersebut. Ntah la.

Cerita kedua mengenai Lina, (Juliana Ibrahim) seorang penulis skrip dan pencinta haiwan (rumah penuh haiwan peliharaan) yang menghadapi masalah untuk menyiapkan cerita tulisannya kerana dia tak dapat nak ‘feel’ cam ne akhir cerita tu. Sebenarnya ni kisah mengenai seorang yang kurang campur orang atau sosial. Hidup dengan haiwan je. huhu. Pas tu dia jumpe seorang mamat, Adam (Razif Hashim) yang ngaku dia tuan pada arnab yang si Lina ni jumpe. Sebenarnya Adam ni penjual binatang. Tak tau la untuk dimakan atau apa. Tapi dia ni sebenarnya curi la. So Lina ni pun dah berangan la. Sekali bila tuan arnab yang betul datang, baru Lina tau dia silap. Nasib baik sempat tangkap si Adam ni. Masa Adam ni nak cederakan Lina, datang la seorang lagi mamat biasa, seorang tukang masak kat restoren, menyelamatkan Lina dari dicederakan. Pas tu Lina pun tangkap cintan dengan tukang masak tu.

Cerita ketiga lak mengenai seorang Pak Guard nama Albert (Chew Kin Wah) yang suka tengok langit dari atas bumbung apartment. Dia rasa diri dia tak berguna sampai la satu masa dia dapat tangkap pencuri. Dia ni tinggalkan anaknya dulu-dulu sebab dia rasa dia yang bersalah menyebabkan kematian isterinya. Akhirnya dia pulang kepada anaknya.

dn_01_big.jpg
Dr Sheikh Muszaphar Shukor

khaleed.jpg
Mejar Dr Faiz Khaleed

cintatigasegi.jpg
Cinta Tiga Segi

Entry filed under: asrama, cinta tiga segi, Festival. Tags: .

12 Januari 2008 14 Januari 2008

4 Komen Add your own

  • 1. MUaZaTuL  |  3 Mac 2008 at 11:30 am

    HuRm PaNdAi BuAt StORy AdApTaTiOn,.

  • 2. aman 0174006090  |  18 April 2008 at 1:20 pm

    nak tanya kt pengarah filem mcm mana bleh dpt ilham nk wat story ni???????? kedukaan seorang lilaki yang seminggu lagi hendak berkahwin tidak kesampaian apabila perempuan pilihannya telah curang…. perempuan ini kembali kpada kekasih lama…. dgn pemikiran yg pendek dia tlah menamatkan riwayat perempuan ini dgn kekasih lamanya…… dia tlah menyerh diri kpada pihak polis dan mahu dijatuhi hukuman gantung……

  • 3. meera adibah nadzirah  |  11 Ogos 2008 at 7:09 pm

    semuanya salah tu perempuan…tu lelaki yang membunuhnya langsung tidak bersalah dalam hal ini…semuanya salah itu perempuan adakah patut tu perempuan suka2 jak kasih tinggal itu lelaki yang menerima cintanya yang ikhlas………………………bencinya itu perempuan semuanya salah itu perempuan……..

  • 4. Enggix  |  10 Oktober 2012 at 10:57 am

    Cinta ku pd mu bgai kn api tiada yg tnggl kcuali abu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Flickr Photos

6922

untitled

Coigach

More Photos


%d bloggers like this: