12 Januari 2008

13 Januari 2008 at 3:02 am 1 komen

Hari Sabtu yang bosan… tak tau nak buat apa. Elaun pun tak masuk lagi. Pasal elaun ni macam-macam versi timbul. Ada yang kata 14 Jan la, 16 Jan la, 28 Jan la. Jumlahnya pun macam-macam. Walaupun dah dikomfemkan pelajar PISMP (B.Ed dan PPRET) mendapat RM8400 setahun dan ada tunggakan untuk tahun lepas sebanyak RM1886, tapi cara bayarannya yang pelbagai cara menyeronokkan untuk didengar. Versi pertama, elaun dibayar untuk tunggakan sahaja dahulu. Elaun untuk tahun ini tak pasti lagi. Versi kedua, elaun dapat sekali (jumlah lebih kurang RM5800 belum ditolak yuran asrama) untuk satu semester. Versi ketiga, elaun dibayar untuk tiga bulan pertama bersama tunggakan (RM3986 belum ditolak yuran asrama). Pada bulan April baru dapat elaun untuk tiga bulan berikutnya (2100 belum tolak yuran asrama. Kemudian pada semester depan elaun akan diberikan untuk satu sem terus (RM4200 belum ditolak yuran asrama). Versi keempat, elaun tunggakan akan masuk pada antara 16 hingga 18 Jan dan elaun untuk semester ini masuk pada 28 Jan. Apapun tunggu je la. Bak kata Afiq Imam selagi kita tak check ATM nampak jumlah duit dah masuk, selagi tu la jangan nak harap apa-apa. Haha…

Hari ni macam Hari Wanita pulak rasanya. Banyak cerita kat tv yang tunjuk kekuatan wanita. Petang tadi tengok Hindustan. Cerita Dor. Kisah mengenai Zeenat seorang wanita yang mencari Meera seorang wanita lain yang suaminya telah dibunuh oleh suami Zeenat, Amir. Zeenat mencari Meera kerana nak mendapatkan tandatangan surat pengampunan dari dihukum bunuh. Kes tersebut kononnya berlaku diArab Saudi. Pelbagai halangan ditempuhi sepanjang perjalanan. Hidup Meera juga tak mudah selepas menjadi balu. Dia menjadi macam orang gaji di rumah mertuanya. Malah mertuanya hendak menjualnya bagi membayar hutang. Akhirnya Meera setuju untuk tandatangan surat pengampunan tersebut kerana dia rasa dia berhak memberi peluang bagi orang yang telah buat salah untuk terus hidup. Malam lak cerita Legally Blonde 2, kisah seorang peguam muda, Elle, yang dipandang rendah kerana dia berambut perang dan selalu menjaga kecantikan. Dia telah membawa rang undang-undang anti ujian terhadap binatang di Kongres. Akhirnya dia berjaya meyakinkan ahli Kongres untuk menandatangani petisyen tersebut. Tengah malam lak cerita What A Girl Wants. Kisah mengenai seorang anak perempuan yang mencari bapanya yang tidak pernah ditemui sejak lahir. Bapanya seorang bangsawan dan akan bertanding menjadi ahli Parlimen. Akhirnya bapanya dapat menerimanya.

dor4.jpg
Filem ‘Dor’

501509legally-blonde-2-red-white-blonde-posters.jpg
Filem ‘Legally Blonde 2’

what_a_girl_wants_verdvd.jpg
Filem ‘What A Girl Wants’

Entry filed under: elaun, pismp, ppret. Tags: .

11 Januari 2008 13 Januari 2008

1 Komen Add your own

  • 1. al-Marbawi  |  13 Januari 2008 at 12:25 pm

    rumate.. ko punya pos panjang sangat lah.. cuba ko split jadi pendekkan sikit. takde la bukak2 je blog ni terus baca panjang2. at least org boleh tengok tajuk2 lain dalam satu ruang window ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Flickr Photos

6922

untitled

Coigach

More Photos


%d bloggers like this: