11 Januari 2008

12 Januari 2008 at 10:58 am Tinggalkan komen

Hari ni aku nak start jadikan blog ni macam catatan harian atau diari tapi ada la privasi sendiri. ok la. pagi tadi start masuk kelas Agrotek. Pn Jamilah ajar. memang best la dia ajar. Tapi lepas dia terangkan pasal assignment, risau jugak sebab ada tugasan yang memerlukan ICT. Kena buat animation. Groupmates aku yang lain sama je tak tau bab-bab ICT ni. Kena mintak tolong sape-sape la ni. tapi ok la dapat group dengan Tubiz dengan Atirah. Diorang ok n mesti banyak idea.

Lepas kelas terus pegi makan kat kantin. Mintak Tubiz bayar dulu sebab takde duit kertas. Syiling banyak la. Berpuluh-puluh ringgit. Tapi sampai sekarang lupa nak bayar duit dia. Kat kantin dengar cerita ada budak asrama blok A kantoi dengan warden pindah dari blok C. tapi tak tau la. Ada yang kata takpe dah asalkan bilik tu ada orang atau tak. Kalau kosong, baru bagi budak baru masuk nanti. Nasib baik Usop beria-ia mintak aku bagi Zam untuk urus asrama Isnin. Memang aku tak nak pun. Buat penat je. Dah la tau yang asrama problem macam-macam. Baik aku tak campur. Lagipun Orang Putih nak jumpe Isnin ni. Baik masuk kelas. Apa la agaknya diorang nak gebang. Huhu…

Balik bilik aku pun melelapkan mata untuk seketika (pukul 10.45pg sampai 12.45tgh) Tapi terganggu kejap sebab Faiz suruh semak baki akaun Maybank aku. Pukul 12.45tgh tu aku terjaga pun sebab Ajib, roomate aku baru balik dari Klinik Kesihatan Cheras kat Menara PGRM. Mula-mula ingat dia pergi kelas, rupa-rupanya kakak dia ambil bawa pergi sana.

Aku pun bangun terus ambil air sembahyang dan pergi bilik Tabiz ajak pergi masjid. Saje pergi awal-awal sebab hujan lebat. kalau lambat tak dapat tempat pulak nanti. Ada pula kena sembahyang kat tengah hujan. haha. Hari ni first time sembahyang kat dalam masjid. Selalu kat bawah khemah je. hehe. Kat situ baru aku tau roomate aku tak pergi kelas dari Mus. Hari ni dengar khutbah jelas sangat. Hari ni nasihat pentingnya jangan buat maksiat yang berulang. Kalau dah terlanjur dan bertaubat, jangan ulang lagi. Ada satu hadis Nabi yang disebutkan Orang beriman tidak akan dipatuk oleh ular dari lubang sama.

Petang takde aktiviti sangat. Balik sembahyang makan Maggi dengan telur separuh masak dua butir dan minum Nescafe. Ajib tidur lepas makan ubat batuk dan Panadol. Biasa la orang demam… hehe. Dia tidur sampai la ke maghrib. Tapi ada la bangun kejap tengok Spongebob pas tu tido balik. Aku baca Paper hari ni. Cerita menarik kat India ada kereta paling murah dalam dunia. RM8000. Tapi agak-agak sampai Malaysia ke? Kalau sampai pun mesti kena cukai tinggi pas tu harga sampai RM20000 lebih… huhu. Kes adik Sharlinie hilang pun tengah hangat. Orang kata penculik yang sama dengan kes Allahyarham adik Nurin. Ntah la. Kita cuma boleh berdoa agar adik Sharlinie selamat ditemui. Amin…

Malam lepas Maghrib, pergi kafe beli makanan. Menu malam tadi nasi goreng ikan masin. Makan kat bilik je sebab nak tengok Sadiq & Co. Suka sangat tengok cerita tu. Kakak aku beli telefon baru. Nokia 6120. Ada 3G tapi takde guna la kot.

Tata Nano

Kereta termurah di dunia buat masa ini – Tata Nano (lebih mahal dari iPod Nano)

Nokia 6120

Handphone kakak aku – Nokia 6120

Poster kehilangan Sharlinie
Poster kehilangan Sharlinie

Entry filed under: asrama. Tags: .

12 Januari 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Flickr Photos

6922

untitled

Coigach

More Photos


%d bloggers like this: