Posts filed under 'asrama'

15 januari 2008

Pagi ni kelas CBM. Lambat bangun tapi nasib baik sempat masuk kelas. huhu. Hari ni gabung kelas lagi sebab Mr Bowman nak bagi lecture. Bosan tapi layan je la. Pas tu abis lambat lak. Sampai pukul 10.20 lebih. Dah la pas tu ada kelas math lak. Dengan lapar lagi. Lantak la masuk lambat je la kelas math. Asalkan dapat makan. Lagipun makan secara berjemaah. So tak le takut sangat. Tengah-tengah makan Miss Nelly desak suruh cepat. Rupa-rupanya orang putih nak masuk kelas kitorang. Gabung lagi. Bosan je. Terpaksa la merayu kat Miss Nelly kata kitorang baru abis kelas. Dia punj bagi 5 minit je. Math dengan Mr Carlvin (ntah la btul tak, dulu kata nama Rosemary, tukar lak kot). Lesson hari ni ialah belajar bagaimana untuk mengajar ‘tolak’ (subtract). Haha. Memang macam kat sekolah dulu-dulu.

Lepas kelas Math Pedagogy, patutnya Pn Lee nak buat kelas ganti Math Excursion Numbers tapi tak jadi lak. Esok kot baru ada kelas. Bagus la. Tak larat dah nak ada kelas banyak-sanyak ni. Limit dua subject je leh. So balik bilik je la. What a tired day. Balik-balik terus tidor. Bangun-bangun dah pukul 5. hehe. Ajib pun tido gak. Sedap je. Malam ni komfem susah nak tido ni.

Petang tadi balik dari beli burger, Ajib kata dia baru lepas jumper Azie. Azie kata komfem insyaAllah takde pelajar yang kena keluar asrama semester depan. Kalau kena pun pihak institut akan sediakan tempat tak pasti la intuk sementara atau tetap. Cuma kalau ada yang nak duduk luar tu, memang takde halangan la. At least kurang sikit penghuni asrama

Malamnya aku lak pegi beli burger. Jumper Syuk. Tanya soalan biasa, elaun biler masuk. hehe. Saje ramah mesra. Takde apa nak tanya. So dia pun komfemkan elaun tak masuk sehingga minggu depan atau minggu lagi satu. So kalau ada rumours kata minggu ni, tu sume sekadar bidaah semata-mata. Jadi tunggu je la. Kalau check kat ATM nampak duit dah jadi banyak maknanya dah masuk la tu. Huhu…

imageaad.jpg
Mr Carlvin sedang memberi lecture Math

4 comments 16 Januari 2008

14 Januari 2008

Hari ni budak baru masuk. Group PISMP@PPRET (tak tau la nama apa lak diorang dapat) semester 1 dan KPLI. AJK-AJK pendaftaran sibuk sangat. Tapi dah memang tugas diorang. Apa leh buat. Pagi ni ada kelas Classroom and Behaviour Management. Pn Chin yang ajar tapi pagi ni pukul 9 lebih Mr Bowman (tak tau la betul tak nama dia tu), koordinator subjek ni dari QUT masuk untuk bagi briefing pasal subjek ni. Bila dengar dia terangkan faham la apa yang kita akan belajar dan apa assignment-assignmentnya. Tapi masalahnya nota yang dia suruh baca tu susah giler nak faham. Bahasa yang digunakan dalam nota tu tinggi giler… huhu. Tapi takpe la. Nanti paham la lagi…kot. huhu.

Pas kelas pegi makan kat kantin. Dalam perjalanan ke kantin sempat gak kitorang tengok budak-budak baru masuk. Memang sibuk la semua AJK. Yang jaga parking pun sibuk gak. Kitorang takde kelas so lepak lama sikit kat kantin. Saje borak-borak dengan Tabi, Faiz dan Jijie. Jijie tak masuk kelas sebab lambat dan kelas dah kunci so terpaksa la dia lepak dengan kitorang sementara tunggu member nak balik umah sewa.

Malam ni buat tugasan matematik. Rasa macam kat sekolah dulu-dulu la pula. Ada kerja-kerja rumah ni. Haha. Memang best. Kerja pun senang tapi tak tau la nanti cam ner. Huhu. Faiz pun menyibuk nak buat sekali. Nyemak je. haha. Tiba-tiba Tabiz datang membawa cerita hangat lagi sensasi! Petang tadi ada kes kecurian di asrama Blok C! Ngeri betul dengar. Baru minggu lepas ada kes kecurian yang melibatkan habis harta benda orang tu kat Blok A. Ni dah Blok C lak. Takutnyer… So after this have to beware and always kunci pintu walau takat gi toilet takat nak basuh tangan je pun. Sebab sekarang kes kecurian ni memang dah merata-rata. Kalau leka memang kena la.

imagejjj.jpg
Mr Bowman sedang bersedia untuk memberi taklimat dibantu oleh Pn Chin

image002.jpg
Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Mr Bowman

image004.jpg
Kemeriahan pendaftaran pelajar baru di IPTKL

image003.jpg
Kelihatan dua orang sukarelawan penjaga parking sedang menghalang kereta dari masuk ke kawasan parking depan perpustakaan IPTKL

1 comment 15 Januari 2008

13 Januari 2008

Hari Ahad… Biasa la bangun lambat. hehe. Tapi hari ada beberapa orang yang akan keluar dari asrama dan tinggal di rumah sewa. Ada yang kat Taman Cannaought dan ada yang kat Taman Midah. Isu asrama ni memang memberi tekanan kepada semua pelajar termasuk aku. Sebabnya tak komfem lagi batch kitorang yang kena duduk luar untuk semester depan tapi ramai dah ambik tindakan keluar dari asrama awal-awal. Memang pun takut juga kalau tak dapat cari rumah sewa bila naik semester depan nanti risau gak. Tadi tengok diorang pindah barang naik kereta berulang kali. Semalam pun ada yang dah pindah. Siap naik lori lagi.

Petang tadi tengok Nona. Hari ni ada Edisi Lelaki. Tetamu undangan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara. Ada gak tunjuk aktiviti masa lapang Mejar Dr. Faiz Khaleed, bakal Angksawan Negara. Lepas tu tengok Pesona 3, Malin Kundang the Movie. Pengajarannya jangan jadi anak derhaka.

Malam lak tengok CSI kat ntv7. Lepas tu tengok slot ‘Festival’. Ala-ala ‘ Cerekarama’ tapi kat ntv7. Filem atau drama indie tapi memang best sebab jalan ceritanya banyak kelainan. Malam ni cerita tajuk “Cinta Tiga Segi’. Cerita ni tentang beberapa kisah orang yang tinggal di sebuah kompleks apartment.

Kisah pertama mengenai dua orang sepupu, Ira (Isma Husein) dan Sasha (Dania Karnian) yang meminati seorang mamat yang sama, Johan(Gambit Saifullah). Sasha selalu menghantar surat cinta kepada Johan tapi Johan lak ingat yang Ira yang hantar. Jadi Johan pun suka Ira. Ira cuba menerangkan bahawa Sasha yang hantar surat-surat tu tapi Johan tak percaya dan yakin Ira yang hantar. Tapi last-last Johan tetap suka kat Ira. nasib Ira la. Biasanya kalau cerita macam ni, mesti Johan akan suka kat Sasha sebab Sasha yang hantar surat cinta tersebut. Ntah la.

Cerita kedua mengenai Lina, (Juliana Ibrahim) seorang penulis skrip dan pencinta haiwan (rumah penuh haiwan peliharaan) yang menghadapi masalah untuk menyiapkan cerita tulisannya kerana dia tak dapat nak ‘feel’ cam ne akhir cerita tu. Sebenarnya ni kisah mengenai seorang yang kurang campur orang atau sosial. Hidup dengan haiwan je. huhu. Pas tu dia jumpe seorang mamat, Adam (Razif Hashim) yang ngaku dia tuan pada arnab yang si Lina ni jumpe. Sebenarnya Adam ni penjual binatang. Tak tau la untuk dimakan atau apa. Tapi dia ni sebenarnya curi la. So Lina ni pun dah berangan la. Sekali bila tuan arnab yang betul datang, baru Lina tau dia silap. Nasib baik sempat tangkap si Adam ni. Masa Adam ni nak cederakan Lina, datang la seorang lagi mamat biasa, seorang tukang masak kat restoren, menyelamatkan Lina dari dicederakan. Pas tu Lina pun tangkap cintan dengan tukang masak tu.

Cerita ketiga lak mengenai seorang Pak Guard nama Albert (Chew Kin Wah) yang suka tengok langit dari atas bumbung apartment. Dia rasa diri dia tak berguna sampai la satu masa dia dapat tangkap pencuri. Dia ni tinggalkan anaknya dulu-dulu sebab dia rasa dia yang bersalah menyebabkan kematian isterinya. Akhirnya dia pulang kepada anaknya.

dn_01_big.jpg
Dr Sheikh Muszaphar Shukor

khaleed.jpg
Mejar Dr Faiz Khaleed

cintatigasegi.jpg
Cinta Tiga Segi

3 comments 13 Januari 2008

11 Januari 2008

Hari ni aku nak start jadikan blog ni macam catatan harian atau diari tapi ada la privasi sendiri. ok la. pagi tadi start masuk kelas Agrotek. Pn Jamilah ajar. memang best la dia ajar. Tapi lepas dia terangkan pasal assignment, risau jugak sebab ada tugasan yang memerlukan ICT. Kena buat animation. Groupmates aku yang lain sama je tak tau bab-bab ICT ni. Kena mintak tolong sape-sape la ni. tapi ok la dapat group dengan Tubiz dengan Atirah. Diorang ok n mesti banyak idea.

Lepas kelas terus pegi makan kat kantin. Mintak Tubiz bayar dulu sebab takde duit kertas. Syiling banyak la. Berpuluh-puluh ringgit. Tapi sampai sekarang lupa nak bayar duit dia. Kat kantin dengar cerita ada budak asrama blok A kantoi dengan warden pindah dari blok C. tapi tak tau la. Ada yang kata takpe dah asalkan bilik tu ada orang atau tak. Kalau kosong, baru bagi budak baru masuk nanti. Nasib baik Usop beria-ia mintak aku bagi Zam untuk urus asrama Isnin. Memang aku tak nak pun. Buat penat je. Dah la tau yang asrama problem macam-macam. Baik aku tak campur. Lagipun Orang Putih nak jumpe Isnin ni. Baik masuk kelas. Apa la agaknya diorang nak gebang. Huhu…

Balik bilik aku pun melelapkan mata untuk seketika (pukul 10.45pg sampai 12.45tgh) Tapi terganggu kejap sebab Faiz suruh semak baki akaun Maybank aku. Pukul 12.45tgh tu aku terjaga pun sebab Ajib, roomate aku baru balik dari Klinik Kesihatan Cheras kat Menara PGRM. Mula-mula ingat dia pergi kelas, rupa-rupanya kakak dia ambil bawa pergi sana.

Aku pun bangun terus ambil air sembahyang dan pergi bilik Tabiz ajak pergi masjid. Saje pergi awal-awal sebab hujan lebat. kalau lambat tak dapat tempat pulak nanti. Ada pula kena sembahyang kat tengah hujan. haha. Hari ni first time sembahyang kat dalam masjid. Selalu kat bawah khemah je. hehe. Kat situ baru aku tau roomate aku tak pergi kelas dari Mus. Hari ni dengar khutbah jelas sangat. Hari ni nasihat pentingnya jangan buat maksiat yang berulang. Kalau dah terlanjur dan bertaubat, jangan ulang lagi. Ada satu hadis Nabi yang disebutkan Orang beriman tidak akan dipatuk oleh ular dari lubang sama.

Petang takde aktiviti sangat. Balik sembahyang makan Maggi dengan telur separuh masak dua butir dan minum Nescafe. Ajib tidur lepas makan ubat batuk dan Panadol. Biasa la orang demam… hehe. Dia tidur sampai la ke maghrib. Tapi ada la bangun kejap tengok Spongebob pas tu tido balik. Aku baca Paper hari ni. Cerita menarik kat India ada kereta paling murah dalam dunia. RM8000. Tapi agak-agak sampai Malaysia ke? Kalau sampai pun mesti kena cukai tinggi pas tu harga sampai RM20000 lebih… huhu. Kes adik Sharlinie hilang pun tengah hangat. Orang kata penculik yang sama dengan kes Allahyarham adik Nurin. Ntah la. Kita cuma boleh berdoa agar adik Sharlinie selamat ditemui. Amin…

Malam lepas Maghrib, pergi kafe beli makanan. Menu malam tadi nasi goreng ikan masin. Makan kat bilik je sebab nak tengok Sadiq & Co. Suka sangat tengok cerita tu. Kakak aku beli telefon baru. Nokia 6120. Ada 3G tapi takde guna la kot.

Tata Nano

Kereta termurah di dunia buat masa ini – Tata Nano (lebih mahal dari iPod Nano)

Nokia 6120

Handphone kakak aku – Nokia 6120

Poster kehilangan Sharlinie
Poster kehilangan Sharlinie

Add comment 12 Januari 2008


 

November 2009
I S R K J S A
« Mei    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

kategori

Flickr Photos

My Photography Affair III (314/365)

Mr. Mickey & Me

Noviembre

More Photos

Kiriman Terbaru

Komen terbaru

meera adibah nadzira… pada 13 Januari 2008
aman 0174006090 pada 13 Januari 2008
MUaZaTuL pada 15 januari 2008
MUaZaTuL pada 15 januari 2008
MUaZaTuL pada 13 Januari 2008

Spam Blocked

Blogroll

Label